#xminta lebih...cukup lah setia...

Saturday 16 February 2013

Sungguh. Aku menyesal.

Assalamualaikum...
Dan sampai Sri Iskandar. =.='
At 5.00 a.m Friday. huh....jalan kaki masuk dalam u. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Demi kelas esok hari.-.-'

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupa2nya hujan ditengah hari. (ade kena mengena ke?)
Tup2...esok tu program, orang lain TAKKKK datang pun! mane budak2 kls aku yang berjanji ngn lecturer nak datang tu???!!!! Korang kate kompem nak datang. Yang tak kompemnye budak2 Terengganu Kelantan.Pantai Timur! Dah???mana Pantai Baratnye???
Oke fine. Aku dan kawan2 datang jugak. Walaupun terpakse naik bas luar yang tak pernah2 aku naik.! Korang mane????! =.=' sungguh aku makan hati.
Korang tau tak aku tak puas lagi duk rumah....korang pun tak datang lagi.nak nangis je rase....
Len kali jangan janji kalau tak yakin boleh buat...kan dah susah kan orang....
Puan Maz pun tunggu kita. Tup2 yang datang tak sampai separuh. -.-' Tengok. Puan dah ngajuk ...pe nak buat? Aku mintak maaf. Aku tak nak amek part. Korang yang berjanji settle sendiri deh...

Tapi mungkin ada hikmah gak datang awal. Sekurang2nya aku boleh siapkan kerje2 aku yang tertunggak. Duk rumah penangan nOvel kuat sangat. -.-'

Dan mungkin ada hikmah jugak belajar naik bas luar. Sekurang2nye lepas ni aku sedar. Aku takkkkkk akan naik dah bas luar!
Makan hati ngn sorang mamat Koya nih. =.=' tah pape. Ade jugak orang macam ni dalam Dunia nih. Sekurang2nye aku tahu. Orang macam ni pun boleh wujud. huh. Poyoooooooooooooooooooooooooo gile.
Mula2 naik bas tu dia dah pandang aku gaye cari gaduh. Aku tak buat pape pun. Salah aku? tiket aku beli nOmbOr sebelah dia.

Dy: "Kau turun balik. Beli tiket lain. Aku tak nak duduk tepi pompuan."
Aku: "Kau turun balik. Beli bas sendiri. Ingat aku nak sangat duk kat kau?!."
Dy: "Duduk ar.. Kalau kau duduk tepi aku. Aku peluk!" 
Aku: "Berani try la! tekwando.karate.silat gayung semue aku boleh!"

Bengang btul aku. Kurang ajar. Cakap tah pape. Tak hormat orang langsung. Dah la tak kenal. Aku duduk je buat bodoh kt tempat aku. Member aku dua orang belakang kitorang. Gelak je pandai. Macam aku buat lawak pulak. Tiket dah bayar. 
Aku perasan muka llaki tu terrrkejut dengar aku menjawab. huh. Dia ingat dia sape? Anak Najib? =.=' Poyo gile. Tak nak duk kat pompuan konon. Kalau muke alim2 tu aku boleh la faham. Ni muke bunuh! Dah la aku tengah sedih2 nak pergi jauh dengan ummi.dia buat aku naik angin pulak. Ingatkan dia diam la lepas aku menjawab tu. Dia duk bebel2 lagi. Ape bende dia bebel pun aku tak tahu. Malas nak layan. Pulak tu tak puas hati lagi. Cari pasal. 

Dy: "Tempat letak tangan tengah ni, tempat aku sorang."
Aku: "Ambiklah. Memang kau bayar tiket bas lebih pun."

Aku malas nak layan. Lagipun aku tak kebulur tempat letak tangan tu. Seat besar gila. Aku duk rapat2 kat dinding. Risau gak sebenarnya. Baru je nak terlelap. Tetibe aku rase benda berat gila atas riba aku. Suka hati dia je! Letak beg laptop dia atas aku. Besar + Berat! 

Dy: "Laptop aku mahal. Tak boleh letak bawah."
Aku: "Dah?ape kene mengene dengan aku?!" 
Dy: "Kau kurus.pakai seat sikit je. Letak laptop aku tepi ni. Jatuh.rosak. Kau ganti."

Firsttttt time aku mengadap makhluk asing macam ni. Koya yang amat jadi...Letak kan seat kau la gile. Macam la kau tu gemuk sangat. Aku ingat nak marah gak mase tu. Harap je tak de moOd. Campur lak ngntuk gile. Aku biar je laptop dia sebelah aku. Sekurang2nya ada jarak antara kami. Tapi tempat aku sempit! Tetibe...

Dy: "Kau belajar mane?"
Aku: "Kau nak berbaik dengan aku ke?" (menganjing sebenarnye.)
Dy: "Aku tanye elok2 ni." (elok2 kau. muke mintak kaki.)
Aku: "Uitm.Sri Iskandar."
Dy: "Aku Unimap."
Aku: Ade aku tanye. ? .. .. ..=.='
Dy: "Kau kenal Unimap? "
Aku angguk je. Ambik Hati.
Dy: "Budak2 hebat je belajar kat situ."
Aku buat2 teruje.: "wahhh ye ke? patut la kau hebat gila. sungguh pun. Dalam bas ni, aku tengok kau la paling hebat."
Ambik kau. Dia diam terus...bengang la tu kot.

Ape penyakit dia tuh?! Jadi kesian pulak aku tengok. Bangge diri lak tu. =.=' Actually, aku tak kenal pun Unimap tu. Tak ambik tahu pulak. =.=' Aku pun mesej la si jantung hati tanye Unimap ade ke kat Lumut? Sebab setahu aku.Bas ni berenti kat Lumut. Erm...ade betul kat Lumut. Dan aku tahu la. Perjalanan budak poyo sebelah aku ni ke Lumut. Means, aku akan turun dulu sebelum dia. Aku terpikir2 gak. Nak turun macamana nanti. Lalu depan dia nih! =.='
Lepas dari tu dia diam je. Buat muke. Aku tak layan pun muke tak puas hati dia tu. Aku buat2 tak reti je dia bengang, sebab aku main2kan dia. Nasib baik gak dia diam je. Kalau dia marah2 aku. Mati... Aku pun bukan berani sangat sebenarnya. Setakat nak menganjing2 orang tu aku pandai sangat lah. Nak lawan orang2 marah, aku tak pandai langsung. Dan aku. Tidoo je. Bas berenti pun aku tak turun. Tapi yang aku perasan, dia langsung tak tidur sepanjang perjalanan tu. Suka hati dia lah. Janji dia tak kacau aku. 

Sampai kat depan U. Aku mintak dia bangun. Kluar dari tempat dia. Aku nak lalu. Nasib baik dia menurut je. Tak banyak cakap. Pelik gak aku. Tak menjawab pulak dia ni. Dah insaf kot.makan kate2 menganjing aku. Ape2 pun. Terime kasih. Aku lupe nak bagitahu.
Lepas ni aku janji aku tak akan naik bas luar lagi. Aku takkkkk kan jumpe kau lagi. Poyo!.


Sekarang? Spoillllll....Mari awal2 U. Orang lain cuti lagi =.=' Terpakse jugak siap kan kerja aku. Semata-mata tak nak bazirkan masa datang awallll nih. 
Puan Maz...jangan merajuk dengan saye neh...saye ni mangse keadaan je. Lepas ni saye janji tak nak jadi budak skema dah. Kalau Puan Maz nak buat program pape. Kalau saye tak boleh join. Saya tak akan join. Saya tak akan pakse2 diri saya ikot kawan2 yang berjanji nak datang. Dan tak datang pun tu.
To kawan2 kelas aku: aku tak salahkan korang pun. Just spoilll sikit dengan korang... Ape2 pun...mungkin ni semua ada hikmahnya kan. Aku terima je. ^^

p/s:::
to ummi: Akak dan sampai u. Sorry...baru teringat, akk lupe nak ajar ummi masalah email tu.=.=' Nanti abang balik, minta dia ajar. Dia pun tahu kot.


kbye.

No comments:

Post a Comment

m
e
s
s
a
g
e
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com