#xminta lebih...cukup lah setia...

Thursday 21 February 2013

Design Dan Design :)

Assalamualaikum...:)

Hari yang :) ...happy3x!!! guest what?. Design2 aq dah settle. Setelah 3hari bersengkang mata. (kerje last minit pulak tu.. =.=')
Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya.
Alhamdulillah, Puan Maz proceed warna PINK! untuk wedding gown aq ^^
Alhamdulillah, Embellishment rose yang aq nakkk sangat buat tu jugak dia terime. ^^

Tapi jangan happy sangat lah nadia. Tu baru design. Mane master patterns. Mane final patterns. Mane toile. Mane Bengkel lagi malam2. Mane Kain2 =.='. Dan mane Gown Final?. Dalam masa 1 Bulan balance ni...=.='


But... You cant live a Positive life with a negative mind. 
Bak kate ummi. Kalau orang lain boleh buat kenape aq tak boleh. kan. :)

Theme: Wedding Gown.
Inspired: Renaisanse Painting
Colour: Dusty Pink (dalam design dah tersalah light pink =.=')






120 Design. =.='
Dan akhirnya...
Alhamdulillah jugak dia dah proceed design Final. Untuk Final gown aq ;)
Akan datang insyaAllah menyusul design tu.
Pape pun doakan jugak esement2 lain berjalan lancar. Amin...
Cari kain lain pulak.!=.='

Hope kawan2 aq yang  tak proceed design lagi tu tak putus asa. Design lagi sampai dia puas hati. InsyaAllah Dia membantu. ^^ Apa-apa pun. Usaha. ;) Kita buat sama2.

p/s: to ummi...doa kan akak taw...
   .

bye.~

Saturday 16 February 2013

Sungguh. Aku menyesal.

Assalamualaikum...
Dan sampai Sri Iskandar. =.='
At 5.00 a.m Friday. huh....jalan kaki masuk dalam u. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar. Demi kelas esok hari.-.-'

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupa2nya hujan ditengah hari. (ade kena mengena ke?)
Tup2...esok tu program, orang lain TAKKKK datang pun! mane budak2 kls aku yang berjanji ngn lecturer nak datang tu???!!!! Korang kate kompem nak datang. Yang tak kompemnye budak2 Terengganu Kelantan.Pantai Timur! Dah???mana Pantai Baratnye???
Oke fine. Aku dan kawan2 datang jugak. Walaupun terpakse naik bas luar yang tak pernah2 aku naik.! Korang mane????! =.=' sungguh aku makan hati.
Korang tau tak aku tak puas lagi duk rumah....korang pun tak datang lagi.nak nangis je rase....
Len kali jangan janji kalau tak yakin boleh buat...kan dah susah kan orang....
Puan Maz pun tunggu kita. Tup2 yang datang tak sampai separuh. -.-' Tengok. Puan dah ngajuk ...pe nak buat? Aku mintak maaf. Aku tak nak amek part. Korang yang berjanji settle sendiri deh...

Tapi mungkin ada hikmah gak datang awal. Sekurang2nya aku boleh siapkan kerje2 aku yang tertunggak. Duk rumah penangan nOvel kuat sangat. -.-'

Dan mungkin ada hikmah jugak belajar naik bas luar. Sekurang2nye lepas ni aku sedar. Aku takkkkkk akan naik dah bas luar!
Makan hati ngn sorang mamat Koya nih. =.=' tah pape. Ade jugak orang macam ni dalam Dunia nih. Sekurang2nye aku tahu. Orang macam ni pun boleh wujud. huh. Poyoooooooooooooooooooooooooo gile.
Mula2 naik bas tu dia dah pandang aku gaye cari gaduh. Aku tak buat pape pun. Salah aku? tiket aku beli nOmbOr sebelah dia.

Dy: "Kau turun balik. Beli tiket lain. Aku tak nak duduk tepi pompuan."
Aku: "Kau turun balik. Beli bas sendiri. Ingat aku nak sangat duk kat kau?!."
Dy: "Duduk ar.. Kalau kau duduk tepi aku. Aku peluk!" 
Aku: "Berani try la! tekwando.karate.silat gayung semue aku boleh!"

Bengang btul aku. Kurang ajar. Cakap tah pape. Tak hormat orang langsung. Dah la tak kenal. Aku duduk je buat bodoh kt tempat aku. Member aku dua orang belakang kitorang. Gelak je pandai. Macam aku buat lawak pulak. Tiket dah bayar. 
Aku perasan muka llaki tu terrrkejut dengar aku menjawab. huh. Dia ingat dia sape? Anak Najib? =.=' Poyo gile. Tak nak duk kat pompuan konon. Kalau muke alim2 tu aku boleh la faham. Ni muke bunuh! Dah la aku tengah sedih2 nak pergi jauh dengan ummi.dia buat aku naik angin pulak. Ingatkan dia diam la lepas aku menjawab tu. Dia duk bebel2 lagi. Ape bende dia bebel pun aku tak tahu. Malas nak layan. Pulak tu tak puas hati lagi. Cari pasal. 

Dy: "Tempat letak tangan tengah ni, tempat aku sorang."
Aku: "Ambiklah. Memang kau bayar tiket bas lebih pun."

Aku malas nak layan. Lagipun aku tak kebulur tempat letak tangan tu. Seat besar gila. Aku duk rapat2 kat dinding. Risau gak sebenarnya. Baru je nak terlelap. Tetibe aku rase benda berat gila atas riba aku. Suka hati dia je! Letak beg laptop dia atas aku. Besar + Berat! 

Dy: "Laptop aku mahal. Tak boleh letak bawah."
Aku: "Dah?ape kene mengene dengan aku?!" 
Dy: "Kau kurus.pakai seat sikit je. Letak laptop aku tepi ni. Jatuh.rosak. Kau ganti."

Firsttttt time aku mengadap makhluk asing macam ni. Koya yang amat jadi...Letak kan seat kau la gile. Macam la kau tu gemuk sangat. Aku ingat nak marah gak mase tu. Harap je tak de moOd. Campur lak ngntuk gile. Aku biar je laptop dia sebelah aku. Sekurang2nya ada jarak antara kami. Tapi tempat aku sempit! Tetibe...

Dy: "Kau belajar mane?"
Aku: "Kau nak berbaik dengan aku ke?" (menganjing sebenarnye.)
Dy: "Aku tanye elok2 ni." (elok2 kau. muke mintak kaki.)
Aku: "Uitm.Sri Iskandar."
Dy: "Aku Unimap."
Aku: Ade aku tanye. ? .. .. ..=.='
Dy: "Kau kenal Unimap? "
Aku angguk je. Ambik Hati.
Dy: "Budak2 hebat je belajar kat situ."
Aku buat2 teruje.: "wahhh ye ke? patut la kau hebat gila. sungguh pun. Dalam bas ni, aku tengok kau la paling hebat."
Ambik kau. Dia diam terus...bengang la tu kot.

Ape penyakit dia tuh?! Jadi kesian pulak aku tengok. Bangge diri lak tu. =.=' Actually, aku tak kenal pun Unimap tu. Tak ambik tahu pulak. =.=' Aku pun mesej la si jantung hati tanye Unimap ade ke kat Lumut? Sebab setahu aku.Bas ni berenti kat Lumut. Erm...ade betul kat Lumut. Dan aku tahu la. Perjalanan budak poyo sebelah aku ni ke Lumut. Means, aku akan turun dulu sebelum dia. Aku terpikir2 gak. Nak turun macamana nanti. Lalu depan dia nih! =.='
Lepas dari tu dia diam je. Buat muke. Aku tak layan pun muke tak puas hati dia tu. Aku buat2 tak reti je dia bengang, sebab aku main2kan dia. Nasib baik gak dia diam je. Kalau dia marah2 aku. Mati... Aku pun bukan berani sangat sebenarnya. Setakat nak menganjing2 orang tu aku pandai sangat lah. Nak lawan orang2 marah, aku tak pandai langsung. Dan aku. Tidoo je. Bas berenti pun aku tak turun. Tapi yang aku perasan, dia langsung tak tidur sepanjang perjalanan tu. Suka hati dia lah. Janji dia tak kacau aku. 

Sampai kat depan U. Aku mintak dia bangun. Kluar dari tempat dia. Aku nak lalu. Nasib baik dia menurut je. Tak banyak cakap. Pelik gak aku. Tak menjawab pulak dia ni. Dah insaf kot.makan kate2 menganjing aku. Ape2 pun. Terime kasih. Aku lupe nak bagitahu.
Lepas ni aku janji aku tak akan naik bas luar lagi. Aku takkkkk kan jumpe kau lagi. Poyo!.


Sekarang? Spoillllll....Mari awal2 U. Orang lain cuti lagi =.=' Terpakse jugak siap kan kerja aku. Semata-mata tak nak bazirkan masa datang awallll nih. 
Puan Maz...jangan merajuk dengan saye neh...saye ni mangse keadaan je. Lepas ni saye janji tak nak jadi budak skema dah. Kalau Puan Maz nak buat program pape. Kalau saye tak boleh join. Saya tak akan join. Saya tak akan pakse2 diri saya ikot kawan2 yang berjanji nak datang. Dan tak datang pun tu.
To kawan2 kelas aku: aku tak salahkan korang pun. Just spoilll sikit dengan korang... Ape2 pun...mungkin ni semua ada hikmahnya kan. Aku terima je. ^^

p/s:::
to ummi: Akak dan sampai u. Sorry...baru teringat, akk lupe nak ajar ummi masalah email tu.=.=' Nanti abang balik, minta dia ajar. Dia pun tahu kot.


kbye.

Wednesday 13 February 2013

Design Dan Design

Assalamualaikum.
Malam ni aku tekad. Sebelum mlm es0k design aku cukup 120, sebelum balik Seri Iskandar malam jumaat ni. 12 pun boleh...=.=' ambik.
Ape pun tak start lgi...
idea2...=.=' x mai2.



pape pun kain dah beli...jimat 300 aku. ^^ trime kasih ummi <3~
tenet emosi dah...suruh buat esement la tu =.=' kbye.

Tuesday 12 February 2013

Fakta ke Auta?

Assalamualaikum.

Testing2.
Aku tengah booosan.
Dan aku nak ajak korang sume join bosan aku. =.=' lepak2 dan merepek2. Cuti cine yang agak membosan kan. Adik2 dah masuk asrama awal. Sekolah dah start. Yg sorang lagi dh balik PLKN.( dah besar2 pun mnangis mcm budak kcik. PLKN je pun.) =.=' kena penyepak berlipat satu dari kakaknya yang ayu nie baru pandai diam. Abang aku xbalik2...dia lahh paling sibuk... Ummi abah pun kerje.

Lapar...=.=' nak masak ...malas. Makan sorang2 lak tu. Baik tak payah. Novel? cuti ni dah 5 bijik khatam.

Aku duk pandai bosan jah. Esement2 malas sentuh. Balik u baru kelam kabut. Bak kate orang kerje last minit tu mencabar~ ambik.

kat Entry Bosan ni...aku nak cerita sikit sikit pasal aku. Antara  fakta atau auta pandai-pandai lah readers nilai . Kalau korang baca, korang pun ikut sama jadi bosan, join aku ^^

***
# nama penuh aku Nadia Diana Binti Muhamad. Hanya ada seorang insan je dalam muka bumi ni yang suka panggil nama penuh aku yang tu.


# aku boleh bawak kereta. tapi aku tak boleh nak ingat jalan. So. tiap kali aku nak bawak kereta, WAJIB...ada bodyguard kat tepi...


# aku pernah menolong superman lawan orang jahat.


# ada dua benda yang akan sentiasa bersama aku 24 jam.
1) handphone.
2) earphone.

# kalau aku dah ngantuk. Anytime. Anywhere. aku boleh tidur...tak kisah lah dalam kelas ke. dalam toilet ke. dalam lift ke. even time tengah presentation kat depan. Hebat bukan?


# aku pandai  tekwando dan silat gayung. bwahahaha


# kalau aku dah suka/minat/sayang kat sesuatu tu, aku setia betul2. (contoh terdekat "pink")


#aku paling tak suka make up.


# kawan-kawan aku suka panggil aku deyney.' (Kalau tak tahu deyney tu ape. rujuk kat kauter pertanyaan ni  --> Nur Asnida ) takpun tanyalah orang2 Terengganu. =.=' *Padahal panggilan tu tak sesuaiiiii langsung dengan aku. Memandangkan dalam ramai2 rakan2. Aku lah yang paling Matang dikalangan mereka.uhu


# barang2 kesayangan aku kebanyakannya berwarna merah jambu. sebab? aku tak rasa aku boleh minat warna lain selain daripada warna tu.  

# time gosok gigi. akan gosok lidah skali. time cuci muka akan mengambil masa selama 10minit. time mandi shower awam/hostel, wajib ada orang ketuk pintu tanda dorang tak reti sabar.


# Seorang yang lagi suka buat hal sendiri daripada ambil tau hal sekeliling.


# time kecik2 dulu aku slalu berangan nak jadi Power Renjes ^^ Dah besar2 ni nak tumbuk orang pun tak reti .


# aku boleh berlari laju, sama laju dengan cheetah berlari.


# dulu lepas SPM,, Farid Kamil pernah masuk meminang. Tapi aku tolak dengan alasan Diana Danielle minat kat dia jugak.


# dari kecik sampai besar gedempol ni aku selalu feeling2 nak jejalan kat tempat nih dengan yang tersayang ^^


# aku jarang cakap. tapi kalau dah aku bercakap. aku suka cakap merapu2.


# masa sekolah dulu, time wat sportcheck, aku suka lepas budak2 yang buat salah.


# boleh tak makan nasi selama sebulan. Hebat tak?


# aku pernah bawak ufo singgah jap kat pluto lawat kawan aku sakit .


# kecik2 dulu aku pernah patah gigi 3 batang jatuh basikal. Lepas dari tu aku dah tak pernah naik basikal sampai sekarang.
# aq susah nak jatuh hati tapi sekarang...aku ngah duk jatuh hati kat sorang hamba Allah ni. 


Oke. ummi dah balik...ada jugak member dalam rumah. dah habis bosan aku. Out dulu...penat merepek2 tentang diri aku. Ada fakta ada auta. Korang mesti boleh agak yang mana fakta,yang mana tipu kan. 

kbye. ^^

Friday 8 February 2013

Virus "Setia Hujung Nyawa"

Alhamdulillah.....
akhirrrrrnya sampai gak kat rumah nie~
Seronoknye. Seronoknye. Seronoknye.
Walaupun bas teremosi sikit semalam. Sebok kot kite nak balik kampung jumpe ummi... Bukan main lagi dye emosi...buat mati2...dah la kat tempat macam tu =.=' Tapi...aq tido je.x layan pun. Letih molek. Sedar2 elok je sampai KUALA TERENGGANU terrrrrcinte. Ambik.

Dalam pkul 5.30 jejak kaki kt tanah Ganu kite. Turun kat Batu 6.
p/s: tc wak...

Sampai2 rumah sembang2 ngn ummi...sambil2 tunggu azan subuh.

Tetibe ummi kate : Kak, esOk teman ummi cari nOvel...
Anak yang sOlehah ni bertanye : nOvel pe ummi? kan dah banyak nOvel tu? Boleh buat kedai buku dah.
Ummi : Ummi nak cari nOvel "Setia Hingga Hujung Nyawa" yg cerite dia baru je habis kt TV tu...
Aq : =.=' Ummi...kuat sangat pengaruhnye...nOvel tu kite dah ade laa...

Walaupun letih2, anak yang solehah nie bangun gak pegi cari nOvel tu kat rak buku......fuhh, ambikk =.=' boleh tahan ummi beli nOvel baru sepanjang aq tak de kali ni...mmg tak siap la gayenye esement2 aq cuti seminggu nih...Cari punye cari, akhirnye aq temui...bukan main suke gayenye...


Ummi : laa...kite dh ade ke...
Aq : lame dah mie...=.=' tu lah. Banyak sangat bace novel. Campur aduk semua crite2 dye.
Ummi : Best cerite dye kak...
Aq : Boleh la tahan....

Best ke?


Tadi bukak2 facebook...macam biase...log in -> home -> scroll bawah.bawah.bawah dan bawah bawah... aq tengok ramai yang duk share dan komen mende nie...

Pape pun nie lagi teruk virusnye...=.=' Sadisss btul ngn insan sorang nie. Aq tak rasa drama tu nak bagi kesan buruk kat budak2 muda yang tengok. Tapi maybe jalan cerita tu nak bagi semangat buat mereka kat luar sane yang dah insaf... Cube try test otak tu fikir benda2 positif sikit...fikir benda2 baik...nk malukan diri pun fikir gak malu mak ayah dgn post2 mengarut macam tu...
->ade gak komen2 : anak sape la nie....=.=' 
kalau kaw tulis. kaw sorang dapat name tak pe. Nih? babit mak ayah jugak...tak terfikir ke? kesian orang tua tu tak sabit langsung dengan motif kaw nak femes tuh. 
->Lagi satu komen buat aq sentap gak. : macam nie la pompuan2 kalau dah addicted...=.=' (jambul kaw.! bukan semue pompuan.oke.) ni aq angin gak. Kaw tulis status cam tu pompuan2 dapat name. kalau kaw pondan aq tak kisah sangat taw. Fikir dulu sbelum nk malukan diri sendiri...=.=' huh...
ish...aq pulak emosi. Dah2...tak nak bebel dah. Aq pun bukan baik sangat...tak layak gak nak tegur-tegur orang. Tapi aq pun manusie biase yang tak leh lari dari rase tak puas hati tuh. 


Lagi soalan...Best ke? Aq ade gak layan cerite ni...layan rilek2 je. Tak sampai ketor2 kpale. cOpy yg member2 dOwnlOad...kemain semangat dorang download. Aq mintak tolong downlod Running man tak nak. =.=' 


Dorang duk semangat layan cerite nie. Tak cukup kat bilik. Kat studio pun ade yang layan cerite ni...memang jadi kerjenye. Demam dah semue...
Nih...balik2 ade jugak virusnye...ibunda terrrrcinte pun kena virus ni...

Bagi aq...sejujurnye, cerite dye tak lah yang terrr paling amat sangat Best. Tapi boleh tahan la...cam sweet je cerite dye. Dan aq rase bace novel lagi best kot. Maybe sbb aq jenis yang lagi suka membaca dari melihat. *Arap je Running Man tak de buku. =.=' 

P/s : to awk. sy pun nk stie ngn awk.
Oke. Bye.

Fusion Production :)


Alhamdulillah...
Segalanya berjalan dengan lancar. even banyak gila event2 nak kena handle, esement nak kena tanggung,  hal2 kolej nak kena selesai (stiker un xbertambah lagi =,=') meeting2 pun tak terkire =.=' tak termasuk rindu kattt ummi abah lagi. Oke. tak pe. dah nak balik. :)

Back to da point. Alhamdulillah ya Allah...Kau permudahkan urusan ku. dan rakan2 production kami ^^
hope event2 yang kami handle berjalan dengan baik...bukan saja event2 lepas, event2 akan datang sekalipun. Dan selamanya dibawa dan diingati dalam keadaan yang baik. Walaupun ade gak sikit sbanyak masalah yang tak boleh nak dielak. Nak buat cam mana. Tak ada sesuatu pun kejadian yang akan datang dengan perfect,dari akar umbinya, pucuk, sesampai hasil ianyanya berbuah. semuanya perlukan usaha. (ambik...karangan bm form5 aq dah keluar...=.=')

Event yang dah berlalu: Induksi part1 slama 3 mlm.
                                   : Family Day Bukit Kinding.
Akan datang ? =.='; Mini Fashion Day. 
                             : Final Fashion Day.

Lagi 2 event besar nak kena handle dalam sem ni =.='.
Dannn.....walaupun baju production kite...ermm...? = AZAB. =.=' bazir je rm45.
Tapi...harap lepas2 ni...
Semuanya berjalan dengan baik. Dan harap tak ada yang merungut dan gaduh2 law dapat arahan pape pun. Kite usaha dan same2 buat utk markah production kite. (berpesan utk diri sendiri jugak...=.=')
Walaupun sampai skarang aq still tak boleh terima kenapa aq dapat jawatan yang agak susah tu =.='.

Tapi kata ummi...klau orang laen boleh percayakan akak. kenapa akak tak percaya kat diri sendiri?
Oke..bukan tak percaya kat diri sendiri ummi. Akak malas nak amek part benda yang bleh ganggu kerja2 akak je =.='

Tapi...kan hari tu Abah dan pesan...Tuhan tak akan membebankan kita dengan bebanan yang tak mampu kita tanggung.. Dan kalau dah amanah orang macam tu. Kita kena buat jugak. Lagipun tak ade benda dalam dunia nie senang...bukan tugas aq je susah. Yang lain pun ade kesusahan mereka sendiri. even, nak makan pun susah gak. kena masak. kan...*tetibe.

Series...walaupun penat. Tapi hepi jer handle budak2 yang datang dengan pelbagai ragam nie. Crew production kami pun berpuas hati walaupun sambutan budak2 nie mula2 cam sadiss. Bila dah join. Masing2 lupa nak balik. =.=' hope berbaloi lahh RM65 kite tu ye.

Bkn main seronok je dorang nie dapat jadi seniOr ye....^.^

Adik2 kumpulan aq yang sempoi dan sporting. ^.^ tak lupe + SOPAN. Thanks korang. Walaupun kumpulan kite tak menang tapi usaha kita tu boleh buat kita ingat memori hari ni sampai bebila...sekurang2nye dapat gak rasa mainan cam running man.  
Nombor 4 pun. Oke what. kan...

Para team Production yang gigih  ^.^
*si gemok mesti tak leh tinggal.

Tak lupe. Kolam ikan ni best. besar + dalam gile. Kaki tak jejak tanah.
=.=' Rindu nak mandi pantai depan rumah....
Dah.


Kolej pulak? hmmmm.....hope khabar angin KIM nak buang pelajar2 senior sem depan tu mainan jee =.=' Main nak buang cam tu je. Law bebudak tu duk kena histeria, senior2 gak dicari...=.=' Law pape event blok tak jalan? senior2 gak dorang salahkan. Law cam tu gayenye...pakat2  jadi part1, 2, 3 sokmo2 la??? =.=' ( tak paham aq dengan blok nih.... )

P/s:::: Papepun...Gud Luck Fusion Production. Tinggal beberapa bulan je lagi. Harap kerja2. Meeting2. Semua masa,usaha dan doa yang dikeluarkan tu berbaloi akhirnya. Amin...

m
e
s
s
a
g
e
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com