#xminta lebih...cukup lah setia...

Friday 2 November 2012

Jujur Dan Terus Terang :)

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t :)
Hari ini, tika dan saat ni...aku rasa tenang sangat, sangat dan sangat. Rasa serba salah tu sikit-sikit dah terhapus. :)
Alhamdulillah...anything that i really fear to face. I was already successful encouter.
Tapi, macam ada yang belum sempurna. Aku mengharapkan kata putus dari dia. Still kawan or musuh? Maybe bukan musuh...tp macam orang asing kut. =,='
From the start i had thought it was a friendship. Walaupun aku dah agak benda ni akan berlaku aku still gak nak selesaikannya sekarang. Sebab? Orang kata tak baik kalau terus buat seseorang tu tertunggu-tunggu pada sesuatu yang tak pasti.
Paling buruk, aku tak nak dia simpan harapan yang akhirnya membuatkan dia sendiri akan terseksa. And the last, aku yang dipersalahkan. Aku tak nak dipanggil KEJAM.
Aku dah cuba jauhkan diri dari dia, dengan harapan dia faham...kita hanya kawan. Tak lebih dari tu.
Tapi, macam kawan-kawan cakap. Aku mesti berdepan kan. Walaupun serba salah dan tak sampai hati. Series, walau macammana skalipun aku cuba, tapi perasaan kawan tu tetap tak nak lari dari hati ni. Sebab dari awal perkenalan kita, aku sambutnya sebagai sebuah persahabatan. Daripada salah faham nie terus terjadi dan berlanjutan. Baik jujur dan berterus terang. Aku harap, ni jalan terbaik.

Tiba2 aku terjumpa ni, dan ayat nie memberi aku kesedaran tu.


Simpati datang dalam banyak genap ruang. Ia mungkin kerana ingin membalas jasa, prihatin akan masalah yang seseorang itu alami, dan mungkin kerana terlalu lama dan rapat berkenalan namun tiada pernah rasa cinta. Menjadi masalah jika seseorang terpaksa menerima. Bagi golongan yang redha dan terima apa sahaja mungkin tidak apa-apa.
Cukup murni hati seseorang yang memilih cinta kerana simpati. Dek kerana peribadi yang rendah diri dan akur itu lebih kuat membuatkan pasangan yang membuka hati untuk dicintai terima walau kerana simpati. Tapi adilkah bagi golongan yang rendah diri dan akur ini?

*mungkin hati aku tidak semurni tu. Aku memang tak sanggup nak terus pura-pura. Suatu hari nanti aku jugak yang bakal digelar penipu.


Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.
Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.



*Aku harap kau akan temui yang lebih baik dari aku.

Aku tahu...tak ade seorang pun yang nak cinta dari tas rasa simpati. Dan aku sedar, aku harus jujur...kalau dia tak boleh terima, aku mintak maaf. Aku betul-betul mintak maaf. Aku cume tak nak perasaan serba salah tu terus kacau hidup aku.
Kata-kata seorang kawan ni, aku ambik sebagai kekutan untuk aku.

***"Jujurlah dalam semua perhubungan dan semua masaalah akan selesai dalam sekelip mata"

Betul...:) semua masalah selesai dalam sekelip mata. Trime Kasih amat sangat.
***Dan Buat Si dia. Aku mintak maaf. Aku harap kita still boleh berkawan macam dulu. Aku tak pernah salahkan kau. Mungkin salah aku yang membuatkan kau salah faham. Maafkan aku. Dan terima kasih jugak selalu ada time susah senang aku dulu. Aku hargainya sampai bila-bila. Aku tak pernah lupa semua tu.

p/s:: Izinkan aku mengejar cintaNya. dan. cita-citaku.
Erm...Dan kawan-kawan lain yang selalu ade bersame aku...terima kasih sangat sangat sangat...

No comments:

Post a Comment

m
e
s
s
a
g
e
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com