#xminta lebih...cukup lah setia...

Monday 12 November 2012

to: FADZRA HANIM :)

Assalamualaikum w.b.t...
Dear hanim sayang....
soeeeeee sangat sangat sangat dan sangat sebab aku tidur awal smalam...im broke my promise ntuk dgar masalah mu. Teruk tul aku kan. Macam rase berrrsalah sangat sangat sangat. Aku tidur sedap2 je time mu ada masalahh...kawan ape je aku ni =.= Patik betul betul minta maaf. Apatah lagi dengan masalah teknikal. Tempat patik hujan. Line tak clear sangat kot when u call me last night. :'(
(Oke, kalau serabut sangat nak baca,sila offkan lagu blog aku yang comel ni yep)

Aku dah janji nak bagi kata-kata semangat kat mu kan. :)
Kata-kata ni aku karang sebaik-baiknya untukmu. Hope mu faham apa yang aku cuba sampaikan. Bia masuk lam hati tu. Bukan masuk je, faham dan amal skali taw. Acheli, kata-kata ni untuk aku jugak. Untuk kita bersama. :) kan...sebab aku pun bukan perfect sangat nak ceramah2 kat mu.

First, tak kisah la masalah tu macam mana pun, kita kena sabar...Sabar tu kan separuh daripada iman. ha...Oke, aku tak best sebenarnya pakai 'aku mu',...uhu memandangkan aku ni agak ayu orangnya bila bertutur (peliss terima hakikat tu) aku lagi senang pakai 'aku kaw' bile 'menenangkan' seseorang dalam bentuk tulisan. (menenangkan owh...hope mu wase tul2 tenang lepas dengar celoteh aku ni) =.= ape beza 'aku mu' dengan 'aku kaw' eh? tak jadi lah. kensel2. 'aku mu' je. memandangkan entry ni khasss untuk mu. kan.....

olo.olo.olo comelnye~ 

... Kadang kadang aku pernah jugak terfikir macam tu, kenapa tuhan tak nak bagi apa yang aku mintak? sampai satu tahap aku rasa macam fed up nak berdoa. Teruk kan. Tapi perasaan tu datang kejap je. Cepat-cepat istighfar balik. Jangan lupa. Setiap kejadian ada hikmahnya. Biasalah manusia tak kan lari dari buat silap. Manusia juga tak kan lari daripada dapat masalah. Dan satu mu kena ingat kadang-kadang masalah yang kita dapat tu mematangkan diri kita. 

Surah Fushshilat:34 ade kata, "Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
Jangan kecewa sangat. or jangan geram. or jangan kecil hati. or ape ape je perasaan yang negative. dengan masalah macam tu. Cuba hadapi dengan baik, misalnye macam amek masa sesame berbincang dari hati ke hati gitu...ha...(wat bij0p) up to u. just fikir leklok mana yang baik untuk dilakukan :)

Nim...walau cam2 mane berat pun masalah tu, tempuhi je...jangan mengeluh and putus asa...(aku pun mengeluh jugak kekadang :p) teruskan usaha anda! kalau stress sangat jangan fikir. Abaikan masalah yang tu dulu. Serahkan pada masa je yang menyelesaikannya. Umi aku ada cakap, kalau nak berjaya, abaikan masalah temeh-temeh. Just fikirkan work anda :) (walaupun agak mustahil kan, cube :) ) 

 Pernah dengar tak ayat ni... "Boleh jadi kamu membencikan sesuatu , padahal ia amat baik bagi kamu, boleh jadi juga kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah AlBaqarah:216 :) Selalu lah bersangka baik pada Nya...kerana kasih sayang Nya melebihi kemurkaan Nya :) Apa pun work kita buat niat untuk Allah, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar :) 

Dan last...Tak semua orang lahir dalam keadaan pandai je terus. Semua orang pernah gagal dalam hidup masing-masing. Semua orang nak berjaya, tapi ramai mana yang berusaha?. Mungkin usaha tu belum cukup untuk dapat kejayaan tu. Jadi usaha lagi. usaha lagi. Sampai berjaya. Abah aku ada cakap kita akan betul betul rasa puas bila nanti kita boleh bangun dikaki sendiri dengan hasil yang kita usahakan selama ni. Macam kepuasan tu betul-betul akan terasa :) Allah tu kan maha Adil. Dia akan bagi apa yang patut kita dapat. Setimpal dengan apa yang kita usahakan. (wah3... aku dah makin pandai berkata-kata. :) )

Jangan fikirkan sangat masalah tu...karang sakit tu melarat pulak. Papehal pun jangan lupe makan ubat! Ingat! jangan tak gi klinik. Jaga diri tu leklok...kalau sakit camne nak settle kn masalah ngan assgnment tu...plisss makan ubat.

 Aku tahu mu boleh hadapinya :) mu kan kuat macam aku? or mungkin aku lagi kuat dari mu, tapi cuba yang terbaik untuk jadi kuat yep! u can do it! 

 i will always be there for u. anytime. anywhere. when u need me. insyaAllah :)

masihkah kaw ingat gambar ni? ala. zaman mude2. sries,aku rindu nak pakai jilbab :')
bubye nim!
kuatkan semangat!
jage diri leklok!
sayang mu!
tata~

p/s::: ha...sweet tak aku? mu nak sangat aku bagi semangat kan. dh jadi cam ustazah tu. amacam?leh ganti umi ngn abah aku tak? haaa...dont judge a bo0k by its c0ver~

jangan lupa, belanja aku aiskrim satu neh!

2 comments:

  1. balas jejak...salam maal hijrah..sha ada buat GA..sponsor femes tau..jom join http://opzzpinky.blogspot.com/2012/11/birthday-ga-by-sharina.html

    ReplyDelete
  2. momoy dapat rasa, yang sahabat itu akan menangis terharu dengan entri dear nih =)
    comelnya lagu blog =)

    ReplyDelete

m
e
s
s
a
g
e
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com